FEBRUARI 2022

71 Kelab, Persatuan Sukan Terima Geran RM5.041 Juta


KUCHING: Kerajaaan Sarawak menyerahkan sejumlah RM5.041 juta dalam bentuk geran kepada 71 kelab dan persatuan sukan di Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan  dan Pembangunan Keusahawanan pada majlis di sini malam tadi. 

Geran-geran tersebut telah disampaikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Pengagihan geran-geran bertujuan untuk membantu kelab dan persatuan sukan dalam pengurusan dan penganjuran aktiviti masing-masing.

Sumber dari : Sarawakku